Topik Terhangat

Video – Peminat Artis K-Pop Tersohor Korea Di Lempari Bra



Peminat K-Pop mana yang tak kenal dengan Super Junior?


Dianggotai 10 jejaka bergaya, kumpulan ini telah mencetus fenomena serta mencipta populariti yang mengagumkan di Korea.
Mereka muncul di persada muzik dengan pakej yang cukup menarik dengan pengawalan vokal bertenaga.

Ditubuhkan pada 2005, sehingga kini kumpulan yang dinamakan Super Junior ini telah pun menghasilkan tak kurang dari 19 buah album termasuk pelbagai koleksi album runut bunyi.

Apa yang membanggakan, dikalangan anggota ada yang bukan sahaja mampu bergabung sebagai penyanyi menerusi Super Junior malah berkecimpung dalam dunia lakonan, pengacaraan serta pemuzik.

Super Junior pernah menerima pelbagai anugerah utama antarabangsa seperti di MTV Asia Awards 2008 selaku Artis Pilihan Korea dan Anugerah Muzik Hiburan CCTV 2008 dengan meraih anugerah Album Terbaik serta Kumpulan Paling Popular.

Dalam konsert SUPER JUNIOR WORLD TOUR SUPER SHOW 4 IN PARIS di LeZenith de Paris pada tarikh 6 April lalu, salah seorang peminatnya mempunyai hadiah khas untuk mereka.

Dia telah membaling branya ke atas pentas.Salah seorang ahli kumpulan tersebut, memegang bra tersebut sebelum seorang lagi rakannya, Donghae meletakkan bra itu di atas kepalanya.


Ikuti Berita Terkini Di Handphone Anda Melalui Alamat www.m.diliputnews.com


© DiliputNews.com | Share :